Definasi yang saya gunakan untuk menggambarkan simbol ialah :-
"suatu unsur grafik yang digunakan untuk paparan peta"
Dengan itu, peta yang
dihasilkan akan kelihatan lebih menarik dan senang untuk di rujuk. Simbol juga
mewakili keadaan muka bumi sebenar sebagai contoh perbezaan simbol untuk dual
carriage highway dan single carriage highway cukup untuk membuat pengguna faham ianya adalah menggambarkan jenis kelas jalan yang berbeza.
Terdapat 4 jenis geometri asas yang digunakan untuk aplikasi simbol iaitu :-
Point : Satu point tunggal contohnya GPS Station
Line : Memaparkan garisan linear yang mempunyai nilai panjang contohnya jalan, kontur, sempadan
Polygon : Memaparkan satu kawasan yang mempunyai nilai keluasan contohnya vegetation, building
Annotataion : Label yang dipaparkan dengan melibatkan spesifikasi jenis font, size, ketebalan, warna dll
Dengan penjelasan ini, saya berharap tuan jelas dengan jenis-jenis geometri dan kaitannya dengan simbologi. Di bawah ini saya berikan gambaran apa yang terjadi sebelum dan selepas data di apply simbologi.
Data Topo sebelum apply simbologi
Data Topo selepas apply simbologi
Saya akan sambung untuk entri yang seterusnya bagaimana untuk membina Style iaitu library untuk menyimpan simbol-simbol yang telah atau baru hendak di create. Boleh comment di bawah jika mempunyai pertanyaan tambahan atau request nota tambahan.
Rujukan tambahan:-



No comments:
Post a Comment